Tertubuhnya PAS Kelantan

PAS cawangan pertama (sekarang ini dikenali sebagai PAS Kawasan) di Kelantan mula-mula sekali ditubuhkan atas usaha Amaluddin Darus, Omar bin Yusuf, Ustaz Abdullah Ahmad dan lain-lain.

Medan pertama PAS ialah di Pasir Mas yang ditubuhkan secara rasmi pada 23 Julai 1953. Berteraskan perjuangan Islam, PAS berjaya menarik golongan yang benar-benar cintakan Islam seperti para ulama’, ustaz-ustaz dan pelbagai lapisan masyarakat6.

Melihatkan kejayaan cawangan Pasir Mas, tokoh-tokoh awal seperti Amaluddin Darus, Ahmad bin Yatim dan Mohd Noor bin Senik terus menyebarkan PAS ke seluruh negeri Kelantan dengan berbagai cara termasuklah dengan cara berbual di kedai kopi. Kesempatan berbual di kedai kopi dimanfaatkan dengan memperkenalkan dasar perjuangan PAS7  .

Cawangan kedua PAS ialah di Machang pada 21 September 1953dan orang yang bertanggungjawab membawa PAS ke Machang ialah Hj. Muhammad Nor bin Hj Yusoff atau lebih dikenali sebagai Haji Mohd Nor Machang.

Tuan Hj. Mohd Nor Yusof (Pengasas PAS Machang)

Selepas cawangan Machang, PAS berjaya menubuhkan rantingnya di Tanah Merah9 dan diikuti dengan Kota Bharu dan Pasir Puteh pada tahun 1954. PAS dikatakan berkembang pesat setelah kepulangan Mohamad Asri Hj Muda dibantu oleh Ishak Lotfi Omar anak saudaranya dan Ustaz Othman Abdullah, Ketua Pemuda PAS, di samping seorang tokoh tempatan dari Pasir Puteh, Ustaz Hj Adam Kamil.

Hasilnya PAS telah berkembang sebagai cawangan di Tanah Merah (1955), Bachok (1956), Kuala Krai (1958) dan Tumpat (1959)10.

Bibiliografi:

6. Alias Muhammad (1994), PAS’ Platform: Development and Change 1951 – 1986,  Gateway Publisihing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya. ms. 49-50; lihat juga, Amalauddin Darus, ibid, ms 25-27.
7. Faridah Bt Ali (1974), “Sejarah Awal Perkembangan PAS di Kelantan 1953-1959”, dalam JEBAT, Journal Jabatan Sejarah UKM, Bangi.
8. Alias Muhammad (1994), op. cit., ms 50.
9. Amaluddin Darus, op.cit., ms 33.
10. Ibid., ms 67; lihat juga Alias Muhammad (1994), op.cit., ms 50.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *