PULAU, MENTEGA TERBANG, SA BALIK BAJU DAN DOT DOT DOT

PULAU, MENTEGA TERBANG, SA BALIK BAJU DAN DOT DOT DOT

Satu demi satu isu sensitif yang melibatkan Islam timbul dibawah kerajaan Anwar-Zahid.

Seolah-oleh mengulangi skrip kerajaan 22 bulan PH dahulu.

Berbondong-bondong golongan songsang LGBT dan geng-geng liberal keluar menzahirkan diri.

Ianya senyap seketika bila Abah menjadi PM. Diam yang rupanya hanya seketika sahaja.

Pulau dan Sa Balik Baju dengan normalisis kelucahan melampau. Kalaupun tidak diukur dengan neraca hukum, neraca nilai ketimuran dan kemelayuan pun sudah dilangkaui oleh 2 cerita.

Mentega Terbang lebih dasyat lagi. Jelas ada unsur penghinaan kepada agama, pluralisma, liberalisma dalam beragama, menghina halal haram makan babi bahkan ada dialog yang boleh menyebabkan kufur.

Jangan kerajaan baru PMX buat-buat tak tahu.

Jangan menteri berkaitan kata tidak ada kuasa kerana ianya disiarkan di youtube.

Hentikan filem, drama dan video pendek yang menghina agama.

Sekiranya tidak, kami pemuda Islam tidak akan berpeluk tubuh, mendiamkan diri.

Salam amal.

Mohd Firdaus Mohamed Nawi
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

9 Syaaban 1444 / 1 Mac 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *