PRN Johor, Petugas PAS Kelantan Menyinsing Lengan

Alhamdulillah.
Kurang lebih 7 hari lagi proses membuang undi akan berlaku di PRN Johor. Dalam tempoh ini pastinya semua pihak sedang menyusun kempen parti dan mengarak perkenal calon terutama oleh jentera-jentera tempatan yang dibantu petugas parti seluruh negeri dan kawasan.
Dalam kerancakan ini, Kontinjen PAS Negeri Kelantan juga tidak berkecuali dengan pembahagian jentera mengikut zon. Jentera PAS mewakili Kawasan, DUN dan dewan-dewan Negeri Kelantan telah berkampung secara tetap dan bergilir sejak seminggu yang lalu. Pastinya pelbagai agenda pilihanraya yang memerlukan khidmat petugas sepenuh masa.
Dalam tempoh kempen ini saya selaku Ketua Kontinjen Negeri Kelantan Zon C bersama Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Kelantan saudara Marwan Husin dengan bantuan PAS Kawasan Ketereh, Kuala Krai, Gua Musang, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah termasuk jentera pilihanraya dewan-dewan telah berkampung di Johor dalam menyusun dan mengkoordinasi petugas jentera di DUN Pulai Sebatang. Pertembungan PRN Pulai Sebatang melibatkan pesaing-pesaing politik iaitu Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Pejuang.
Jentera kita pastinya akan terus menyingsing lengan dan menongkat paruh tanpa menoleh ke belakang. Semestinya tempoh kempen yang dihadkan akan digunakan semaksimum yang boleh dengan usaha-usaha berterusan dan tidak akan pernah lupa untuk diteruskan ialah berdoa agar kemenangan milik penyatuan ummah.
Salam hormat.
Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
1 Syaaban 1443 H / 4 Mac 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *