Perkembangan Awal PAS Di Kelantan

Apa yang jelas selepas tahun 1955, perkembangan PAS membuka lambaran baru dengan kepulangan Dato’ Asri ke Kelantan dan beliau diberi penghormatan menjadi  Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu.

Sementara Amaluddin Darus selaku Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dan Terengganu11. Ketokohan Dato’ Asri yang boleh menggerakkan sentimen kefahaman politik Islam dengan gandingan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dan pandai bermain sentimen dengan menyelitkan unsur-unsur nasionalisme berjaya menarik guru-guru pondok menyertai PAS.Kesannya PAS telah menjadi tarikan guru-guru pondok di antaranya ialah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dari pondok Bunut Payung12. Setelah ditubuhkan selama empat tahun, PAS menyertai pilihan raya Majlis Undangan Persekutuan tahun 1955. PAS meletakkan 11 calon kesemuanya. Di Kelantan PAS telah bertanding dalam tiga kawasan pada masa itu, dan ketiga-tiga calon PAS telah kalah. Bagaimanapun satu kemenangan tunggal yang didapati oleh PAS di Kerian, Perak.Calon PAS yang telah berjaya itu ialah Tuan Haji Ahmad Tuan Husain, Tuan Guru pondok Pokok Sena, Seberang Prai13. Sementara calon PAS di Kelantan yang kalah ialah Mohammad Asri (Bachok dan Pasir Puteh) Muhammad Nor Hj Yusof (Machang dan Ulu Kelantan) dan Haji Mokhtar Hj Ahmad (Pasir Mas)14. Berikutan dengan kekalahan itu, jentera PAS bergerak lebih aktif lagi, contohnya Dato’ Asri dan Amaluddin b. Darus hanya berehat seminggu dan terus berusaha menyebarkan PAS ke seluruh Kelantan15.

Berkat kerja keras, pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS telah dianugerahkan kemenangan oleh Allah. PAS menang 28 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 30 kerusi. Kemenangan yang menguji PAS Kelantan untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri.

Dalam pilihan raya 1959 itulah, Profesor Zulkifli Muhammad, selaku Naib Yang Dipertua PAS Pusat seorang tokoh PAS Pusat telah didatangkan bertanding di parlimen Bachok. Beliau telah menang dan berjaya menjadi salah seorang ahli parlimen pembangkang yang paling disegani16.

Bibiliografi:

11. Amaluddin Darus, Ibid. ms 73-74.
12. Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan (1992), Laporan Tahunan 1991/1992 untuk Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-38, Kota Bharu. ms 1.
13. Amaluddin Darus, op.cit., ms 74-75.
14. Ibid., ms 75.
15. Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, op. cit., ms 1.
16. Ibid., ms 2. o

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *