Calon Bulan P.029 Machang

Calon Bulan P.029 Machang
Lahir pada 8 Mei 1987, anak muda ini mencurah bakti sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Wakil Kuala Lumpur dalam sukan ragbi sekolah ini adalah seorang pelajar cemerlang SPM di Sekolah Menengah Sains Selangor.
Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas sebagai pemegang biasiswa Petronas, kemudiannya mengembangkan lagi ikhtiar keilmuan beliau melalui ijazah sarjana dalam bidang geopolitik dari King’s College London sebagai pemegang biasiswa Yayasan Khazanah.
Beliau mendalami falsafah dan ketamadunan Islam di Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia menurut pemikiran Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Mahir berbahasa Melayu, Inggeris, Arab, Perancis dan Jerman, beliau sering berkongsi pandangan yang dianggap unik melalui paparan rencana di media massa.
Sebagai seorang suami, ayah, pendidik dan rakyat Malaysia, beliau amat peka terhadap keperluan dan kehendak setiap lapisan masyarakat. Beliau adalah seorang pemimpin muda yang berjiwa rakyat, berfikiran matang dan berwawasan.
Wan Ahmad Fayhsal komited untuk membawa pembangunan di Machang yang seimbang dari segi rohani, jasmani, akli, dan sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *