Aluan Pesuruhjaya

Alhamdulillah, marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, dengan taufik dan inayah-Nya dapat kita sama-sama menegakkan pentadbiran Membangun Bersama Islam di Negeri Kelantan DarulNaim dengan asas rujukan kepada dasar ini ialah Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.

30 Tahun Membangun Bersama Islam

Kejayaan PAS Kelantan yang terus memacu Kepimpinan Ulamak di Negeri Kelantan memasuki usia 30 tahun yang meletakkan asas yang kukuh dan destinasi yang jelas menuju sebuah pentadbiran Islam. Segala perancangan yang dibuat adalah berpaksikan kepada tiga ciri asas iaitu; Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.

Fokus utama kita ialah membina kesatuan hati-hati demi menegakkan hukum Allah dan melihat khilafah kembali menaungi seluruh Negara dan dunia. Kita berusaha untuk menyampaikan mesej dakwah Islam secara syumul kepada seluruh Ummah dengan melalui pendekatan dakwah, tarbiah dan siyasah.

PAS Kelantan berusaha membentuk kekuatan Ukhuwwah Islamiah yang kukuh dikalangan ahli dan membina hubungan baik dengan semua pihak sebagai asas dalam pembentukan penyatuan ummah. Aspek kepatuhan kepada kepimpinan juga ditekankan bagi menjamin kestabilan perjalanan parti dan segala perancangan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

Sinergi Dalam Gerak Kerja

Sempena Muktamar PAS Pusat yang diadakan kali ini, saya berharap kita sama-sama dapat berbincang isu-isu yang mampu membawa kesatuan menjadikan kita lebih proaktif dan sinergi dalam gerak kerja berjemaah bagi menghadapi suasana politik negara.

Semoga azam dan niat ikhlas dalam memperjuangkan tuntutan Allah melalui Wadah PAS dapat dikekalkan sehingga kita kembali menemui Allah.

Sekian. Wassalam. Sirru ‘Ala Barakatillah, Sekian, Wassalam.

**MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN**
**ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN**
**KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM*

Sekian. Wassalam. Sirru ‘Ala Barakatillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *