RAHMAH TERBESAR PAS KELANTAN MENJAGA HAK ORANG MELAYU

Benchmark PAS dalam menjaga hak orang Melayu adalah sangat tinggi terutama dalam memastikan tanah rizab Melayu dipelihara dan diperluas.
Sehingga kini, Kelantan memegang rekod negeri yang mempunyai keluasan Tanah Rizab Melayu terbanyak!
Berbanding negeri-negeri lain, kegiatan pengambilan tanah di Kelantan sama ada melalui penjualan atau penggadaian tanah petani tidak banyak melibatkan golongan pemodal dan pedagang bukan Melayu.

Malah jika dibandingkan dari sudut penguatkuasaan pun, pelaksanaan Enakmen Tanah Kelantan 1938 adalah lebih berkesan berbanding negeri lain di mana mengikut enakmen tersebut hanya anak Kelantan sahaja boleh memiliki tanah mahupun rumah di Kelantan.
Enakmen ini sehingga kini berjaya mengekalkan sebahagian besar hak dan milikan tanah bagi anak watan Kelantan seperti yang termaktub di dalam Seksyen 9.
Kerajaan negeri melalui pemimpin PAS lah yang memainkan peranan besar dalam melindungi dan mempertahankan tanah rizab Melayu.
Tahun lalu, bagi meringankan beban dan membantu rakyat memiliki tanah, Kerajaan Negeri Kelantan telah menawarkan diskaun sehingga 70% bagi bayaran Premium Tanah kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

Sememangnya isu tanah rizab Melayu ini bukan isu kecil kerana ia membabitkan hak dan maruah orang Melayu. Ia juga secara jelas termaktub di dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957, tanah rizab Melayu mesti kekal sekurang-kurangnya 50%.
“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.”

Malangnya banyak negeri seluruh Malaysia sekarang memiliki tanah rizab kurang daripada 50%. Namun, Kerajaan Tok Lebai di Kelantan ini tetap istiqamah mempertahankan hak orang Melayu dengan mempunyai lebih 80% jumlah tanah rizab Melayu.
Ketegasan dan kesungguhan Kelantan menjaga HAK MUTLAK ORANG MELAYU ini MESTI DIPERTAHAN. Jangan sampai orang Melayu tidak mempunyai tanah di tanah air sendiri!

USTAZ MOHAMAD KAMAL
Ketua Pemuda PAS Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *