RAFIZI DAN PARADOKS PERSEPSI
Paradoks – sesuatu yang bertentangan dgn pendapat yang diterima umum; sedang dibina oleh Rafizi bagi memberikan gambaran sebaliknya dan dalam konteks beliau adalah persepsi yang perlu dilihat jahat terhadap lawannya. Seperti biasa ianya bukan perkara baharu dan beliau sebelum ini pernah didenda atas kesalahan hasutan dan fitnah.
Saya telah dilaporkan tentang pembinaan persepsi yang menyerang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Caretaker KASA dengan memaklumkan usaha-usaha untuk meluluskan projek-projek bernilai bilion ringgit dengan segera tanpa mengikut prosesur Perbendaharaan yang ditetapkan olen Kementerian Kewangan.
Soalnya jelas Perbendaharaan Kementerian Kewangan berkait kuasa caretaker dan tidak akan mungkin boleh dilakukan selaras pekeliling Pelaksanaan Pelolehan Kerajaan Caretaker bertarikh 18 Oktober 2022 sebagaimana berikut;
iii) Walau bagaimanapun, apa-apa komitmen kontraktual atau akujanji (undertaking) hendaklah dielakkan, termasuk apa-apa rundingan atau akujanji baharu yang boleh mengikat dan membebankan serta memberi implikasi kewanga kerajaan baharu.
Jelas, Rafizi sedang membina persepsi negatif secara tidak munasabah. Adalah diluar kuasa kerajaan Caretaker untuk meneruskan apa yang disebutkan beliau. Malahan jika diperhatikan struktur ayat yang digunakan Rafizi juga rapuh dan bersifat ke depan yang mengandungi 1001 kebarangkalian yang belum terjadi. Hanya semata-mata persepsi.
Barangkali dek kerana berdiam diri terlalu lama dalam politik, percaturan Rafizi untuk “comeback”nampaknya tidak lancar dengan cubaan pembinaan naratif persepsi negatif terhadap pihak lawan adalah rapuh dan bersifat paradoks.
Salam hormat.
Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
12 Rabiul Akhir 1444 / 7 November 2022