PILIHANRAYA, PEMUDA MARA MENGIKUT LUNAS DEMOKRASI

Penamaan calon telah dimuktamadkan mewakili Perikatan Nasional dengan Undi Bulan di negeri Kelantan. Calon-calon boleh menang membawa agenda Islam sedang melunasi jalan demokrasi melalui pilihanraya.
Apa sahaja halangan, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan tekad mara ke hadapan menangkis rintangan menghadap pilihanraya melalui jalan akhlak. Demokrasi yang diraikan dengan dengan sabar dan taat.
Saya yakin percaya segala yang berlaku adalah mengikut qadha dan qadar Allah, tidak sedikit pun lari dari ilmu dan pengetahuan-Nya. Tiada apa yang perlu dikesali kerana akhlak kita dalam parti, samada bersama kawan atau lawan adalah mengharap redha Allah SWT jua.
Semua pemuda, saya seru mara ke hadapan menghadapi PRU dalam situasi, kawasan dan apa jua rintangan di lokaliti masing-masing dengan penuh strategi bagi memenangkan calon Perikatan Nasional di negeri dan negara ini.
Hentikan provokasi, rapatkan saf dan mara terus ke hadapan.
Salam hormat.
Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
8 Rabiul Akhir 1444 / 3 November 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *