KOD BERPAKAIAN BEZAKAN UNIVERSITI DAN KELAB MALAM

Gesaan Pemuda DAP agar universiti longgarkan kod berpakaian dan menganggap pelaksanaan kod berpakaian yang ketat hanya mewujudkan undang-undang yang tidak penting di universiti.
“Adun Tanah Rata, Ho Chi Yang berkata universiti harus menumpukan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan memupuk bakat dan bukannya mengenakan kod pakaian yang ketat”
Pandangan Pemuda DAP ini disandarkan kepada kelonggaran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri dan ramai menteri yang memilih untuk tidak memakai tali leher manakala Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata ahli parlimen tidak lagi diwajibkan memakai tali leher semasa persidangan parlimen.

Implikasi terhadap kes rujukan sebegini yang dikhuatiri merebak dan mengganggu urusan tadbir urus termasuk peraturan-peraturan yang telah disepakati sebagai rasmi oleh kerajaan mulai diganggu gugat. Lebih parah apabila orang nombor satu negara tidak mencermati tindakan dan peraturan akan mulai diikuti oleh anak-anak muda.
Soal kualiti universiti dan mahasiswa secara kolektif perlu diperincikan oleh ahli akademik secara tuntas dan tidak boleh dipolitikkan termasuk oleh golongan liberal yang memperjuangkan kebebasan tanpa batas.

Jika Pemuda DAP mahukan kebebasan dan kelonggaran kod berpakaian di universiti, saya khuatir banyak lagi kod-kod pakain lain akan juga dilonggarkan satu persatu. Nanti suatu hari kita tidak akan boleh bezakan mana universiti dan kelab malam.
Letih pendidikan negara dengan otak pimpinan sebegini.

Salam hormat.
Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
19 Rejab 1444 / 10 Februari 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *