Pemuda PAS Kelantan > Blog > Aktiviti Terkini > BERTUBI SERANGAN KEPADA KELANTAN, ASTRO AWANI JANGAN KETERLALUAN
BERTUBI SERANGAN KEPADA KELANTAN, ASTRO AWANI JANGAN KETERLALUAN
Serangan media perdana nampaknya makin bertumpu kepada Kelantan. Terbaharu Astro Awani nampaknya galak mendesak minda rakyat untuk memperlihat hodohnya Kelantan.
Zaman gelap dan liputan membodohkan rakyat kini kembali. Kelantan untuk kesekian kali ditembak bertubi-tubi dan pada saya media upahan ini layak ditolak.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan percaya anak-anak muda hari ini tidak lagi mampu dibeli jiwa dan mindanya semudah doktrinasi media berniat jahat. Pertimbangan akal dan maklumat semudah hujung jari boleh dinilai oleh anak muda hari ini.
Astro Awani!
Silakan meneruskan kerja memburukkan negeri ini kerana saya percaya anak muda negeri ini akan segera bangkit menolak.
Salam hormat.
Mohamad kamal Mohamed
Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan
01 Rabiul Akhir 1444 / 27 Oktober 2022