AIR KELANTAN – ANWAR DAN HUSAM HARAPNYA TIDAK LUPA
Sebagaimana Kelantan tidak akan pernah lupa “pembulian” yang pernah dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan PAS Kelantan sejak 1990 ekoran beza aliran politik. Kurang lebih hampir 30 tahun Kelantan dibezakan hak dari negeri lain. Kelantan hanya diberikan pinjaman dalam jumlah kecil berbanding geran percuma dalam kadar berkali ganda dari pinjaman Kelantan kepada negeri-negeri diperintah Barisan Nasional.
Mula kepada sekatan adalah semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. “Jasa sekatan” yang akan terpahat dalam sejarah air Kelantan, tidak akan terpadam. Membuli dan menekan kerajaan yang lain alir politik rakyatnya.
Husam pula jangan buat-buat lupa kekangan yang ada. Saya ingatkan beliau, berlaku adillah sekalipun untuk bermatlamat menang pilihanraya. Beliau tidak sepatutnya turut serta menghina air Kelantan sedang jatuh bangun sebenar masih terlipat dalam benak memori beliau.
Air Kelantan telah dikembalikan hak sejak kepimpinan Perikatan Nasional, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian menjadi Menteri KASA. Dalam tempoh ini pelbagai usaha drastik telah dibuat dan pastinya kita tahu untuk bangkit dari 30 tahun penindasan akan memerlukan masa dan ruang teknikal yang bukan sedikit.
Anak-anak muda Kelantan harus sedar keadaan ini. Pastikan Perikatan Nasional diberikan kuasa untuk kita teruskan projek yang sedang berjalan. Atas beban sejarah untuk mengharapan Barisan Nasional, apa lagi Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan sejaran lama pasti akan berulang.
Salam hormat.
Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
17 Rabiul Akhir 1444 / 12 November 2022